Buku Rujukan





Kami juga menjual pelbagai buku rujukan yang di perlukan oleh penjahit.






Variasi Aksesori Seni Dawai.  Yati Salem

Harga: RM 19.90
Halaman: ~176
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 300 gram
Tarikh Terbit: 29 Okt 2010

SENI aksesori dawai atau lebih dikenali sebagai ‘wire jewelry’ begitu popular di Eropah dan Amerika. Kini seni ini mula diminati di negara ini. Aksesori seni dawai merupakan aksesori unik, tersendiri dan halus seni buatannya. Pelajari seni mencipta aksesori seni dawai dengan mudah dan murah.¬ Setiap langkah dipaparkan dengan penerangan lengkap dan gambar¬ yang jelas. Buat sendiri aksesori kegemaran anda dengan mencuba¬ sesuatu yang baru. Seni aksesori buatan tangan ini, bukan sesuatu yang mudah ¬untuk membuatnya. Namun, dengan panduan yang dimuatkan di dalam naskhah ini menjadikan anda mampu menghasilkannya.


Koleksi Sulaman Manik
Syahida Ramli
Harga: RM 8.00

Halaman: ~80
Bahasa: Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 6 Jul 2009
Berat : 191g
TANPA menghadiri sebarang kelas, KOLEKSI SULAMAN MANIK ini ibarat guru yang mengajar langkah demi langkah. Bermula daripada jahitan asas sehinggalah gabungan sulaman manik dengan sulaman tangan, setiap penerangan diberikan secara tepat agar anda mampu menghasilkan sendiri.

Pelbagai idea yang dipaparkan diharap dapat memberi ilham untuk menghasilkan sulaman manik yang lebih kontemporari. Berbekalkan teks dan foto berwarna yang mudah diikuti, segala-galanya pasti menjadi realiti. Apa yang perlu, hanyalah minat, komitmen dan berani mencuba!

Antara teknik sulaman manik yang boleh dicuba buat sendiri :

Arizona - gabungan ros reben & sisik ikan
Cinderella - gabungan ros reben & bunga dahlia
Bunga rotan - gabungan ros bulion & bunga lalang
China doll - gabungan tiga serangkai & patchwork satin


Teknik sulaman manik tali air, sisik ikan, mutiara berantai & bunga teluki



Koleksi Anting-Anting
Amrah Harun

Harga: RM 10.00
Halaman: ~128
Bahasa: Bahasa Malaysia
Tarikh Terbit: 6 Dis 2010
Berat       :   360g
Memuatkan himpunan 41 reka bentuk anting-anting yang menjadi kegemaran wanita hari ini. Semuanya ditonjolkan dengan langkah yang mudah difahami, keterangan yang terperinci dan gambar yang jelas. Koleksi anting-anting yang ditonjolkan di sini diperbuat daripada bahan yang murah dan mudah didapati. Khas untuk wanita yang gemar menggayakan aksesori yang direka sendiri, naskah ini adalah pilihan terbaik. Memuatkan himpunan 41 reka bentuk anting-anting yang menjadi kegemaran wanita hari ini. Semuanya ditonjolkan dengan langkah yang mudah difahami, keterangan yang terperinci dan gambar yang jelas.

Koleksi anting-anting yang ditonjolkan di sini diperbuat daripada bahan yang murah dan mudah didapati. Khas untuk wanita yang gemar menggayakan aksesori yang direka sendiri, naskah ini adalah pilihan terbaik.

Variasi Aksesori Kristal dan Mutiara
Amrah Harun

Harga: RM 19.90
Halaman: ~112
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 350 gram
Tarikh Terbit: 27 Ogo 2008
TANPA menghadiri sebarang kelas, VARIASI AKSESORI KRISTAL DAN MUTIARA ini ibarat guru yang mengajar langkah demi langkah. Anda pasti seronok membuat sendiri gelang kristal swarovski, anting-anting loop, rantai single dangling, cincin gugusan permata, choker, mahupun jam tangan mutiara.

Berbekalkan teks yang mudah difahami, foto berwarna yang jelas diikuti, ditambah dengan minat dan kreativiti, segala-galanya pasti menjadi realiti! Berbanggalah dengan hasil kerja tangan sendiri. Dan pasti terdetik di hati. ''Ohh...rupa-rupanya senang saja buat sendiri!''

Mudah, Murah & Meriah!

Antara topik yang terdapat di dalam buku ini:

-Kristal dan mutiara
-Peralatan dan bahan-bahan
-Teknik memasang stopper dan cangkuk
-Teknik memasang shell end
-Teknik anyaman
-Panduan penjagaan kristal
-Pelbagai rekaan aksesori memikat hati



Aksesori Kristal & Mutiara Vol 2
Amrah Harun

Harga: RM 19.90
Halaman: ~192
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 350 gram
Tarikh Terbit: 27 Mei 2010
Kuasailah teknik-teknik mudah membuat aksesori wanita seperti gelang tangan, rantai, loket, subang, kerongsang dan sebagainya menggunakan pelbagai jenis kristal dan mutiara. Mudah dan santai, anda sendiri pasti merasa kagum dengan hasil kreativiti sendiri. Buku ini memberi panduan lengkap bagaimana untuk menghasilkan aksesori wanita yang menarik serta teknik berpandukan gambar-gambar yang terang dan jelas, penerangan yang mudah difahami serta panduan dan tip-tip yang berguna.

CANTIK, TERKINI & MEWAH

- Keistimewaan naskhah ini yang mesti dimiliki setiap wanita.
- Kristal dan mutiara
- Peralatan dan bahan-bahan
- Teknik memasang stopper dan cangkuk
- Teknik memasang Shell End
- Teknik Anyaman & sulaman
- Pelbagai rekaan Aksesori Terkini
- Membaikpulih aksesori



Variasi Aksesori Kerongsang
Amrah Harun

Harga: RM 26.00
ISBN: 978-983-124-899-7
Halaman: ~192
Berat: 250 gram
Tarikh Terbit: 23 Sep 2013
Kategori: Kraf
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services

Sinopsis
Variasi Aksesori Kerongsang memaparkan lebih 50 reka bentuk kerongsang yang sesuai dipakai dengan hijab, selendang, kebaya dan sut. Ditunjukkan dalam langkah demi langkah yang jelas dan terang. Reka bentuk kerongsang yang baru dan eksklusif menonjolkan lagi kecantikan kerongsang tersebut.